Resipi Ikan Goreng Celup Tepung Paling Senang. Luar Rangup, Dalam Lembut Jer!

Kalau anda pernah ke Pantai Timur terutamanya ke Kelantan & Terengganu pasti pernah merasai keenakan ikan goreng celup tepung di sana. Memang superb kan! Salutan tepungnya sangat sedap, rangup dan tiada tandingan. Sekarang anda boleh buat sendiri je di rumah kerana resipinya amat mudah. Jom cuba!

RESIPI IKAN GORENG CELUP TEPUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar air kapur
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • Sedikit ajinomoto (optional)
  • Sebiji telur
  • Air

CARA PENYEDIAAN:

  1. Campurkan tepung beras, air kapur, kunyit, garam, ajinomoto, telur dan air ke dalam mangkuk. Gaulkan semua hingga sebati.
  2. Pastikan adunan tepung tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Tambahkan air atau tepung jika perlu.
  3. Salutkan ikan yang telah dicuci bersih ke dalam adunan tepung sehingga seluruh ikan telah disaluti.
  4. Masukkan ikan yang telah bersalut tepung ke dalam kuali berisi minyak panas.
  5. Gorengkan ikan sehingga kuning keemasan dan garing di luar.
  6. Angkat ikan daripada kuali. Siap!
  7. Ikan goreng tepung sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto: KHAISAR AZMAN

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!