Resipi Daging Masak Hitam Ala Kenduri. Sedap Yang Amat!

Daging Masak Hitam ini selalunya dihidangkan di majlis-majlis kenduri atau jamuan buffet. Rasanya yang manis-manis pedas, berempah memang sedap sungguh! Jom lihat resipi lengkapnya di bawah. Mudah je!

Daging Masak Hitam Ala Kenduri

Bahan-bahan:

  • 2 kg daging
  • Kicap manis dan kicap pekat
  • 20 tangkai cili kering (kisar)
  • 2 biji bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 5-6 hiris halia
  • 2 batang serai
  • 5 biji buah keras
  • 1 genggam kismis
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk lada hitam

Cara-cara Membuatnya :

  1. Perap daging dengan kicap manis, kicap pekat dan cili kering.
  2. Perap selama 2 ke 3 jam.
  3. Kisar bahan-bahan ini.
  4. Bekas biru, hasil kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Bekas pink, hasil kisar kismis, buah keras, jintan manis dan lada hitam.
  5. Tumis 4 sekawan. Kemudian masukkan bawang kisar.
  6. Bila bawang dah garing, masukkan bahan rempah kisar pula.
  7. Bila dah pecah minyak, masukkan daging. Guna api perlahan, jangan letakkan air sebab air daging akan keluar nanti.
  8. Masak sampai kering seperti di bawah dalam 3 jam guna api perlahan. Tak perlu tambah gula dan garam sebab dah ngam-ngam rasa dia. Tapi, jika suka makan manis-manis boleh letak 2 sudu gula. (boleh sesuaikan ikut rasa masing-masing ya)
  9. Makan panas-panas lagi sedap ye. Kalau masak dalam kuantiti yang banyak, boleh letak dalam bekas kecil-kecil macam gambar di bawah. Simpan dalam peti ais beku. Nak makan, panaskan sahaja.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto : Rusfaniza Abu Yazid

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!