Resipi Ayam Goreng Berlado Paling Mudah. Sangat Sedap & Padu!

Bagi penggemar makanan pedas, menu Ayam Goreng Berlado ni memang wajib anda cuba. Resipi ni tidak memerlukan bahan-bahan yang banyak, tapi rasanya boleh buat orang tak berhenti makan. Memang sedap dan berpeluh! Menu ayam goreng berlado ni sangat sedap dimakan dengan nasi panas-panas atau nasi minyak. Jom lihat cara-cara membuatnya.

Bahan-bahan:

*Ayam (di potong sederhana atau kecil)

* Kisar kasar bahan-bahan ni (kisar basah je, kisar kejap cukup setakat cili tu hancur)
– Bawang merah bombay 1 biji
– Bawang putih 2 ulas
– Cili merah 15 batang
– Cili padi hijau 10 batang

* Kalau nak buat banyak, cili pun kena banyak juga ya (jangan risau tak pedas sangat pun)..hehe

Langkah-Langkah:

  1. Ayam – perap dengan kunyit dan garam, kemudian goreng hingga garing.
  2. Gunakan minyak yg sama, kurangkan sedikit, tumis bahan-bahan kisar hingga terbit minyak, kalau kurang minyak, tambah lagi. Pastikan terbit minyak.
  3. Masukkan garam, sedikit gula dan 1/2 inci asam keping. Asam keping jangan bnyk nanti masam pula.
  4. Masukkan ayam dan bawang yang dhiris, kacau hingga bwg layu, siapppp!.

Kredit Resipi & Foto: nana sabrina sarsan

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!