Resipi Ayam Bakar Simple & Senang Masak. Berbaloi Cuba!

Ayam bakar ni, kalau masak sendiri sebenarnya lebih puas hati makan, apatah lagi jika lihat anak-anak makan dengan penuh selera, bertambah seronok rasanya kan. Bagi anda yang mahu mencuba hidangan ayam bakar yang lazat ini, boleh cuba resipi perkongsian oleh Fazilawati Binti Padzil ini. Sangat sedap!

RESIPI AYAM BAKAR SEDAP

BAHAN-BAHAN:

12 ketul ayam

2 sudu besar cili kisar

5 sudu besar sos cili kimball

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos tiram

1/2 sudu besar serbuk perasa hilal / yg sediaada

1 1/2 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

2 ulas bawang putih tumbuk kasar

BAHAN DIKISAR KASAR

1 sudu besar biji ketumbar

1 sudu besar lada hitam

CARA PENYEDIAAN:

  1. Gaulkan semua bahan dan serap semalaman.
  2. Bakar pada suhu 180°c – 200°c selama 40 minit.
  3. Untuk oven saya, saya gunakan api atas bawah 30 minit dan 10 minit atas sahaja. Siap!
  4. Sedia untuk dihidangkan.
Gaulkan semua bahan dan serap semalaman
Susun-susun dulu. Kemudian Bakar pada suhu 180°c – 200°c selama 40 minit
Untuk oven saya, saya gunakan api atas bawah 30 minit dan 10 minit atas sahaja
Siap. Sedia untuk dihidangkan

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto: Fazilawati Binti Padzil

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!