Ayam bakar ni, kalau masak sendiri sebenarnya lebih puas hati makan, apatah lagi jika lihat anak-anak makan dengan penuh selera, bertambah seronok rasanya kan. Bagi anda yang mahu mencuba hidangan ayam bakar yang lazat ini, boleh cuba resipi perkongsian oleh Fazilawati Binti Padzil ini. Sangat sedap!
RESIPI AYAM BAKAR SEDAP
BAHAN-BAHAN:
12 ketul ayam
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos cili kimball
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar serbuk perasa hilal / yg sediaada
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 ulas bawang putih tumbuk kasar
BAHAN DIKISAR KASAR
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar lada hitam
CARA PENYEDIAAN:
- Gaulkan semua bahan dan serap semalaman.
- Bakar pada suhu 180°c – 200°c selama 40 minit.
- Untuk oven saya, saya gunakan api atas bawah 30 minit dan 10 minit atas sahaja. Siap!
- Sedia untuk dihidangkan.




Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto: Fazilawati Binti Padzil










