Entri kali ini, kami kongsikan pula resipi Ayam Bakar Madu yang dibakar menggunakan Air Fryer. Penggunaan Air Fryer sememangnya sangat bagus dalam kehidupan seharian kerana selain dari memudahkan kerja memasak, ia juga menyihatkan kerana tidak perlu menggunakan minyak yang banyak atau hanya renjis-renjis sahaja. Malah, masak menggunakan Air Fryer juga sangat mudah dan cepat. Hanya perlu set kan masa dan suhu sahaja dan tunggu hingga ayam bakar siap dimasak.
Resipi Ayam Bakar Madu Simple
Bahan Perapan Ayam Bakar Madu:
- Bawang putih (tumbuk)
- Halia (tumbuk)
- Serbuk cili
- Sos tiram
- Kicap manis
- Madu
- Brown sugar
- Black Pepper/White Pepper (Ajisho)
Cara-cara:
- Gaul sebati dan perap sebentar.
- Renjis minyak sikit, bakar dalam air fryer dengan suhu 180°c selama 20 minit.
(Terbalikkan pada minit ke 10). Siap!
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto: Nuryusra Ibrahim Kutty










