Rangup & Sedap! Ni Cara Buat Biskut Cornflakes Legend. Mudah Je.

Boleh cuba resipi Biskut Cornflakes Lagend ni untuk hidangan biskut raya nanti. Sedap dan susah nak berhenti kalau dah makan. Rangup je! Resipi perkongsian dari Puan Zaima Khan. Jom ikuti resipi perkongsian beliau.

RESIPI BISKUT CORNFLAKES LEGEND

Saya sertakan resipi kalau ada yang nak buatPuan Zaima Khan

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
3/4 buttercup
1 penutup esen vanila
1 biji telur
1 cawan conflakes (kalau nak bnyk bole tambah lagi)
1 cawan kismis
1 sudu kecil baking powder (lupa tadi)

Cara Membuatnya:

  1. Masukkan butter dengan secawan gula. Putar guna mixer hingga gula hancur dan kembang
  2. Masukkan esen vanila dan telur, Putar lagi sampai sebati
  3. Keluarkan bahan tersebut dan letak tepi
  4. Guna mangkuk lain satukn tepung2 dan baking powder
  5. Masukkn campuran tepung secara sedikit demi sedikit sambil kita sebatikn dgn aduan yg dipukul tadi tu sampai habis kesemua tepung
  6. Masukkn conflakes sebanyak yang kita nak dan kismis kacau bg sekata
  7. Dah jadi adunan kita ambik cubit2 kecik2 masukkan dalam cup kertas tu
  8. Ingat jangan kepalkan atau bulatkan bagi padat, nanti dalam lemau.
  9. Lepas tu boleh dah bakar (Bakar 155′ suhu selama 10 minit)
    Nota: Saya guna Air Fryer Haier 2.5L
  10. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto : Zaima khan

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!