Mudah Rupanya Nak Buat Blueberry Cheesecake Ni. Sedap Macam Kat Kedai Kek!

Resipi Blueberry Cheesecake ini sangat mudah dan sesuai untuk anda yang pertama kali nak cuba membaking. Resipi step-by-step. Bajet bahan tak sampai RM30 pun. Buat sendiri boleh makan puas-puas seisi keluarga. Jom cuba!

Resipi Mudah Blueberry Cheese Cake

Bahan Lapisan Bawah:

  • 8@9 Keping digestive (jacobs weetameal/belvita)
  • 2 Sudu makan butter/mentega – dicairkan

Cara-cara:

  1. Hancurkan biskut, atau blend kering untuk lagi halus.
  2. Selepas biskut hancur, masukkan ke dalam bekas dan masukkan butter yang dah dicairkan tadi. Gaul sebati.
  3. Kemudian masukkan ke dalam loyang, tekan-tekan untuk padatkan biskut tersebut. (Saya guna saiz 5 sebab adunan tak banyak)

Bahan Untuk Buat Cheese:

  • 250g cream cheese tatura
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan gula halus
  • 1 sudu makan setengah tepung gandum (sudu makan ye,klu sudu metrik 1 ½)
  • 1/2 sudu makan jus limau @ lemon
  • Jem blueberry

Cara-cara Membuat:

  1. Satukan cheese dan gula. Pukul sehingga sebati. Masukkan telur dan putar lagi.
  2. Kemudian masukkan jus lemon. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan pukul sebati.
  3. Kemudian masukkan ke dalam loyang yang berisi biskut tadi. Jangan lupa alaskan loyang dengan kertas minyak.
  4. Bakar pada suhu 160° selama 20-25 minit bergantung pada oven masing-masing.
  5. Dah masak biarkan sejuk. Kemudian letak topping mengikut kesukaan masing-masing.
  6. Dah siap letak topping, sejukkan dalam peti ais. Kek ni sedap makan sejuk-sejuk tau.
  7. Dah Siap!

Selamat Mencuba!

Kredit: SuiSan Aliezsha

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!