Mee Wonton atau mee kicap ini sesuai untuk hidangan petang dan cukup mudah untuk disediakan. Untuk mendapatkan hidangan sempurna, ada menu sampingan yang kena ada iaitu sup wantan, ayam dan cili kicap. Jom cuba!
Resipi Mee Wonton @ Mee Kicap
Cara-cara Penyediaan:
- Langkah paling penting ialah minyak bawang putih dan bawang putih goreng. Caranya mudah sahaja, cincang halus bawang putih dan goreng sehingga garing.
2. Selepas itu, sediakan sup pula. Sup ini diperlukan untuk membuat kicap mee. Caranya mudah sahaja, rebus air dan masukkan stok ayam, lada sulah dan bahan bebola. Kemudian titiskan sedikit minyak bijan dan minyak bawang putih tadi.
3. Untuk kicap, ambil minyak bawang putih tadi dan tumis dua sudu besar kicap cair, satu sudu besar kicap karamel dan perasakan dengan gula. Kemudian ambil sedikit sup tadi dan campurkan ke dalam kicap. Siap!
4. Untuk ayam, ambil bahagian yang selalu dibuat chicken chop. Perapkan dengan cili kisar, gula, bawang putih, kicap cair, serbuk cili dan apa sahaja rempah yang disukai. Perap selama satu jam dan selepas itu bakar, grill atau goreng.
5. Untuk mee wantan, keluarkan daripada plastik dan leraikan dahulu. Didihkan air dan titiskan minyak dan baru celurkan mee dalam 10 saat. Sentiasa kacau supaya mee tidak melekat. Selepas itu celupkan dalam air sejuk dan toskan.
6. Sedia untuk dihidangkan
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto : Wan LuQman