Masak Sendiri Ayam Percik Pasar Malam. Mudah & Sedap Sungguh!

Menu Ayam Percik sangat terkenal dikalangan orang Pantai Timur lebih-lebih lagi di bulan puasa. Menu ini sering menjadi tarikan utama di Pasar malam mahupun Bazar Ramadhan. Kami kongsikan Resipi Ayam Percik paling simple untuk anda cuba. Rasanya lebih sedap dari ayam goreng kalau kena cara memasaknya. Selepas dipanggang, ayam percik akan dicelup dalam sos dan menjadikan ayam lebih berperisa dan sedap. Jom try resipi ayam percik macam yang jual kat pasar malam ni. Memang puas hati!

RESIPI AYAM PERCIK SIMPLE

BAHAN-BAHAN
• 7 tangkai cili kering
• 1 biji bawang besar
• 2 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 2 batang serai
• 1 inci lengkuas
• 1 keping gula melaka
• 3 sudu besar madu
• 3 sudu besar sos cili
• Garam secukupnya
• Setengah ekor ayam

CARA MEMBUATNYA

  1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai dan lengkuas.
  2. Masukkan dalam kuali tanpa minyak. Tambah kan air.
  3. Masukkan gula melaka, madu, sos cili dan garam. Bila mendidih, masukkan ayam.
  4. Masak sampai ayam setengah masak, kemudian panggang ayam. Ayam dah kering, celup dalam sos and sambung panggang atau bakar.
  5. Ulang step celop dan bakar sampai puas hati.

Kredit Resipi & Foto : Zara Zulfa

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!