Jom cuba resipi kek milo simple yang hanya menggunakan 3 bahan ni. Mudah sangat dan jimat habis. Tanpa guna tepung pun kek tetap gebu, lembut dan sedap. Kaww betul rasa coklat dia. Lihat cara-cara membuatnya di bawah.
Kek Milo Guna 3 Bahan

Bahan-bahan:
- 2 cawan milo
- 4 biji telur
- 2 sb susu pekat
Cara-cara:
- Blender semua bahan.
- Kukus selama 1 jam.
- Tutup mangkuk dengan penutup dia supaya air tak menitik atas adunan (Nanti kek tak naik dan menjadi bantat)
- Hasil selepas siap dimasak.

- Beginilah rupa kek yang dah siap dikukus. Basah-basah gebu!
- Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto: Noriza Awang Hamat










