Kek Coklat Moist Kukus Basah-Basah Gebu. Resipi Sukatan Cawan Gerenti Jadi!

Resipi Kek Coklat Moist ni sememangnya sangat lembut dan gebu. Rasa keknya yang lembut & coklatnya yang basah-basah memang boleh bikin ketagih! Jom cuba resipi perkongsian Puan Ina Zuriena ini. Confirm jadi!

RESIPI KEK COKLAT MOIST

Bahan A

  • 1 cwn gula
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn minyak masak
  • 1/2 cwn susu pekat
    ***Campurkan semua bahan A. Masak diatas api kecil sehingga larut.

Bahan B

  • 1 cwn tepong gandum
  • 1sk soda bikarbonat
  • 1sk baking powder
    ***Satukan bahan B dan ayakkan

Bahan C

  • 3 biji telur
  • 1sk esen vanilla
    ***Masukkan dlm blender. Blend sampai putih.

Cara Penyediaan Kek :

  1. Masukkan bahan A tadi ke dalam bahan B. Kemudian masukkan bahan C. Kacau guna whisk sahaja sehingga sebati dan tiada ketulan tepung
  2. Pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu.
  3. Kukus selama 15 minit jika menggunakan bekas kecil. kalau bekas besar 30 minit @sehingga masak.

BAHAN COKLAT TOPPING :

  • 1/2 cwn milo
  • 1/2 serbuk koko
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1 cwn susu pekat
  • 1 cwn minyak

Cara Memasak:

  1. Satukan semua bahan. Masak dengan menggunakan kaedah double boiler.
  2. Suamkan dahulu kemudian boleh lah dituangkan diatas kek tadi.
  3. Taburkan coklat rice utk hiasan.

Selamat Mencuba!

Sumber : Ina Zuriena

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!