Tentu ramai penggemar cencaru sumbat macam ni kan. Tengok gambar je dah pasti kecur liur dibuatnya. Boleh cuba resipi perkongsian dari Puan Aishah ni. Bahan-bahan yang digunakan juga tidak terlalu banyak dan cara masaknya juga ringkas sahaja. Jom cuba!
Bahan-bahan:
– 20 biji cili merah & hijau
– 3 biji bawang besar – 1 biji dibelah empat (kisar), 2 biji lagi di hiris membulat
– 3 biji tomato
– Sedikit air
– 6 biji bawang putih
– Garam & gula
– 1 biji air perahan limau kasturi
– Belacan
Cara cara:
1. Belah belakang ikan cencaru diketepikan.
2. Kisar bahan-bahan diatas dengan sedikit hancur, kalau suka masam tambahkan air perahanan limau kasturi.
3. Tambah perisa garam dan gula.
4. Masukan bawang besar yang belah di hiris membulat, kacau sebati.
5. Sumbat ke dalam ikan cencaru yang di lumur dengan sedikit garam, biarkan seketika dalam 25 minit.
5. Siap sedia untuk goreng. Pastikan goreng dgn menggunakan minyak yang banyak dan api perlahan. Pastikan ikan betul-betul masak baru terbalikan (nak elakkan ikan hancur).
6. Lebihkan bahan kisar tadi,boleh di curahkan pada ikan. Nak pekat boleh panaskan seketika.
Kredit Resipi & Foto : Aishah Toke Kek