Cara Masak Rendang Kerang Yang Mudah & Menyelerakan.

Kami kongsikan resipi Rendang Kerang yang mudah untuk anda cuba. Resipi perkongsian dari Puan Mariana Zainal ini sememangnya sangat menarik dan menyelerakan. Bahan-bahan serta cara penyediaannya juga ringkas sahaja. Jom lihat bahan-bahannya.

RESIPI RENDANG KERANG

BAHAN-BAHAN:

2 kg kerang(rebus jap kemudian kopek..amik isinya)

Bahan Kisar:
15-18 tangkai cili kering(nak pedas lagi bleh tambah)
2 biji bawang besar
5-6 ulas bwg putih
Sebesar ibu jari halia nak 2
Sebesar ibu jari lengkuas
6 batang serai
(Kisar semua bahan ini )

1 biji kelapa ( blender dgn 2 1/2 cawan air..perah ambil santannya)
5 helai daun limau purut
3 paket kecil kerisik(kalo buat sendiri guna 3-4 sudu besar)
2 helai daun kunyit ( hiris )
1 1/2 keping asam keping
2 sdb gula pasir
1/2 sdb garam
1 sdt perasa
2 senduk minyak masak

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, tumis bahan kisar.
  2. Kemudian, masukkan asam keping dan gula. Tumis hingga betul-betul naik minyak.
  3. Selepas itu, masukkan kerisik, daun limau purut dan santan.
  4. Bila kuah dah mula pekat (sentiasa kacau, jangan sampai pecah santan), masukkan kerang.
  5. Letak garam dan perasa. Kemudian, tabur daun kunyit bila kuah dah pekat.
  6. Sesuaikan rasa. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Selamat Mencuba!

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!