Tengok jer gambar ayam goreng kunyit ni, dah boleh buat perut rasa lapar kan?! Di sini kami kongsikan cara memasak ayam goreng kunyit yang sangat sedap untuk anda cuba. Confirm bertambah nasi kalau dah kena ayam goreng kunyit ni. Rasa ayamnya rangup di luar dan juicy di dalam. Resipi ini perkongsian dari Saudara Wan Luqman. Sangat mudah untuk hasilkan ayam goreng kunyit yang lazat ini. Bahan-bahan yang digunakan juga tidak terlalu banyak. Jom lihat cara-caranya!
RESIPI AYAM GORENG KUNYIT TERSEDAP
Bahan-bahan:
Ayam (dipotong kecil)
Serbuk kunyit*
Serbuk cili*
Tepung jagung*
Garam*
Gula*
Lada Hitam Kasar*
(Gaul rata Ayam dengan bahan bertanda*)
Bahan-bahan lain:
Bawang hollang (dihiris)
Bawang putih
Carrot
Kacang panjang
Tauhu
Cili (Merah, Hijau)
Serbuk pati ayam
Cara-cara Memasak:
Foto 1. Ayam dipotong kecil dan gaul dengan serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk cili, tepung jagung, garam, lada hitam kasar dan gula

Foto 2. Pastikan pekat macam dalam gambar. Jangan campur air. Biar air dari ayam tu sendiri yg bagi pekat. Perap dalam 15-30min.

Foto 3. Minyak jangan terlalu banyak. Masukkan ayam sedikit demi sedikit dalam kiraan 5-7 ketul sahaja pada satu masa.

Foto 4. Inilah hasil dari gorengan ayam tadi. Nampak sungguh menyelerakan.

Foto 5. Boleh ditambah dengan tauhu goreng.

Foto 6. Buangkan sedikit minyak bekas goreng ayam tadi untuk tumis bawang putih, bawang holland, bunga kobis, carrot, kacang panjang, cili padi, cili merah, cili hijau. Tabur sedikit gula, serbuk pati ayam dan titis sedikit cuka hitam. Goreng dengan menggunakan api kuat sampai nampak garing sikit. Selepas itu, gaulkan ayam yang dah digoreng tadi.

Foto 7. Ayam goreng kunyit siap untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto : Wan LuQman










