Cara Buat Tom Yam Kaww Ala Restoran Thai. Mudah & Terlajak Sedap!

Tom Yam yang merupakan makanan yang berasal dari negara Thailand. Namun, kini Tom Yam sudah menjadi masakan kegemaran rakyat di Malaysia juga. Sangat sedap dimakan ketika masih panas-panas. Jom cuba resipi Tom Yam Kaww ini. Cara masak lengkap (step-by-step) dan gerenti jadi.

RESIPI TOM YAM KAWW

Bahan-Bahan:

  • Bawang Holland
  • Bawang putih
  • Serai
  • Daun limau purut
  • Lengkuas (Saya tak pakai halia)
  • Tomyam Pes
  • Air limau nipis
  • Ayam
  • Sayuran kegemaran anda

Cara-cara Membuatnya:

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang holland, bawang putih & 2 batang serai yang telah di ketuk.

2. Dah naik bau, masukkan air & letak daun limau purut & lengkuas dlm 2 inci. Saya tak pakai halia.

3. Bolehlah masukkan Tomyam Paste kesukaan anda. Sy masukkan 3-4 sudu untuk rasa yang kaw.

4. Saya guna Tomyam Paste dr Thailand (Mae Pranom brand)
NOTE : Kebanyakkan kedai tomyam pakai brand ni.

5. Ini lah hasil separuh jalan, cantikkan warna tomyam ni..

6. Ok, saya tak pakai air limau nipis ya.. saya pakai air limau instant ni. Sedap! Air limau ni ikut tuan-tuan & puan-puan yer, kalau nak tomyam masam masukkan lebih..

7. Kemudian masukkan bahan utama kita iaitu ayam.

8. Kacau rata

9. Saya masukkan sedikit susu, dlm 2 3 sudu. Kalau santan lagi better. Tapi santan tak ada la pulak.. guna la apa yang ada yer tak..

10. Akhir sekali masukkan sayur kegemaran anda (lobak, baby jagung, celery, kubis bunga, cendawan & tomato. Perasakan dengan garam & sedikit aji. Gula tak perlu sebab paste ni dah manis & pedas. Garam kena lebihkan sedikit.

11. Tadaaaaa..Dah siap!
Nak masak tomyam dah tak payah pening.. sebab pes saya guna ni dah menepati cita rasa.. tak payah tambah benda-benda lain untuk rasa tomyam yang sedap & kaw! Ni dah cukup..

Selamat Mencuba!

Nota: Terima Kasih kepada pemilik resipi atas perkongsian ini

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!