Popia nestum antara kudapan paling disukai ramai. Rasanya yang lemak dan rangup memang susah nak berhenti kalau dah makan. Malah, cara-cara membuatnya juga ringkas sahaja. Beli sebungkus kulit popia pun dah boleh dapat beberapa botol. Jom buat sendiri ikut resipi yang dikongsi oleh Nur Amirah A Bakar ni. Simple je!
RESIPI POPIA NESTUM PALING SIMPLE & SEDAP
Bahan-bahan:
- Kulit popia
- Nestum
- Gula kastor
- Horlicks
- Tepung gandum dan air (sedikit) untuk dijadikan gam
Cara- cara Membuat:


Bahan gam : Tepung gandum dicampur sedikit air. Letak di penjuru popia sebelum gulung.

Potong serong untuk dapatkan saiz kulit popia yang cantik macam dalam gambar.

Blend halus nestum, horlicks dan gula kastor

Nota: Gambar baru lepas letak popia dlm minyak. Belum kuning. Make sure masak hingga kuning. Boleh rasa popia dah keras bukan lembik.

Tos minyak sekejap sebelum gaul dengan nestum. Siap!
p/s: Boleh terus disimpan dalam balang atau makan terus. Memang Sedap!!
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto: Nur Amirah A Bakar










