Kami kongsikan cara buat maggi kari tumis yang paling simple, sedap dan padu. Cara masak pun mudah sahaja dan tidak memerlukan banyak bahan. Gerenti hirup sampai kuah. Ikuti resipi lengkap di bawah.
Resipi Maggi Kari Tumis Simple
Bahan-bahan:
- 2 bungkus maggi
- Bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Cili padi
- 2 biji telur

Cara-cara Membuatnya:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi. Gaul sekali dengan rempah maggi.
2. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing.
3. Petua nak bagi masakan lagi sedap, masukkan air ke dalam lesung yang guna buat tumbuk tadi dan kemudian masukkan ke dalam bahan yang ditumis tadi. Masuk air ikut suka nak banyak kuah atau tidak. Tunggu sehingga mendidih.
4. Akhir sekali, masukkan maggi, pecahkan telur dan tutup api.5. Boleh masukkan juga sayur sawi, hotdog jika suka.
5. Boleh masukkan juga sayur sawi, hotdog jika suka.
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Fot0 : Syazlin Mansor