Kuih Tepung Pelita merupakan antara kuih tradisional yang sering dicari-cari di gerai kuih. Malah sangat femes di Pasar malam atau Bazar Ramadhan ketika bulan puasa. Rasa lemak manisnya yang sedap dan seimbang, tidak hairan kuih ini menjadi kegemaran ramai orang tidak kira usia. Bagi yang ingin membuat sendiri kuih ini, anda boleh cuba resipi kuih tepung pelita perkongsian saudari Sally Ahmad ni. Sangat puas hati.
CARA BUAT KUIH TEPUNG PELITA
BAHAN DOH BAHAGIAN BAWAH :
1 cawan gula
1 cawan tepung beras
4 cawan air
Pewarna hijau
Daun pandan

CARA MEMASAK :
- Ambil daun pandan yang telah dibersihkan. Potong 4 kerat bentukkan jadi bekas acuan. Jika tiada, boleh guna bekas biasa.



1. Lipat daun untuk membentuk kotak.
2. Tapak dia pula di selang selikan macam kita nak buat tikar.
3. Hujung yg lebih tu di lipat dan di staplerkan.
haaaa… dah siap! mudah je kan….
Sumber Foto: norazlitaaziz.blogspot.com
2. Selepas membuat bekas acuan tepung pelita, letakkan 1 sudu teh gula pasir kisar di dalam bekas. (empunya resepi kisar gula pasir bagi halus. Nanti bila letak adunan hijau panas, gula akan cair jadi air gula.)

3. Sementara itu masak semua bahan bahagian bawah dalam periuk dan kacau sampai pekat.

4. Kemudian sudukan adunan ke dalam bekas acuan berisi gula tadi hingga separuh bekas. Adunan tidak perlu kukus sebab sudah masak atas dapur sampai pekat.

(Nota: Biasa kalau kukus, bahagian bawah Kuih Tepung Pelita akan jadi pejal, Tapi jika dimasak atas dapur hingga masa, dan tuang ke dalam acuan. teksturnya akan jadi lembut bila terkena air gula. )
BAHAN DOH BAHAGIAN ATAS :
- 1 cawan santan (Kalau sebijik kelapa.. Sukat 4 cawan air dan perah.. (nk 4 cawan santan pekat..)
- (kalau santan kotak kara yang kecil.. Bancuh biar dapat 4 cawan santan.
- 4 sudu tepung beras (jangan guna cap 5gajah je. Yg lain boleh. 2,3gajah boleh, teratai boleh. 5 gajah utk buat laksa)
- Sedikit garam

CARA MEMASAK :
- Satukan semua bahan hingga sebati. Kemudian masak dan kacau sampai pekat.

2. Tuang terus ke atas lapisan hijau dalam bekas tadi. Proses kedua ini juga tidak perlu dikukus sebab lapisan santan telah dimasak atas dapur sampai pekat.

3. Boleh dimakan terus. Lagi sedap jika disimpan seketika dalam peti sejuk sebelum dinikmati.

4. Dah Siap. Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto: Sally Ahmad










