Cara Buat Karipap Pusing Sedap & Rangup. Resipi Step-by-Step Gerenti Jadi!

Resipi lengkap buat kuih karipap pusing. Cara membuatnya ringkas sahaja serta tidak menggunakan banyak bahan. Rasanya pun sangat sedap dan rangup. Jom cuba!

Bahan-bahan Doh Minyak :
1/4 cwn minyak dipanaskan
2 ½ cwn tepung
secubit garam
Air secukupnya

Sebatikan, berhenti masuk air bila doh dah tak lekat di tangan

Bahan-bahan Doh Margerin :
1 ½ cwn tepung
2 sudu makan shortening
1/2 cwn margerin/atau lebih

Sebatikan hingga jadi doh

Hasil Doh Yang Dah Siap :

Cara-cara Membuat Karipap Pusing :

Bulatkan doh minyak dan doh margerin sama banyak
leperkan sedikit doh minyak dan masukkan doh margerin di dalamnya
Tutup
Jadi seperti ini rehatkan dlm 5 minit
Ambil satu bahagian doh tadi canai macam ni
selepas tu sapu air sedikit sahaja..calit2 lebih kurang jangan banyak ye nanti doh lembik pulak nak bagi kelopak dia melekat bila dah goreng nant
Gulung
Letak memanjang macam ni
Canai lagi memanjang
Jadi seperti ini, kemudian gulung lagi
Siap gulung semua
kemudian di potong anggaran 1/2 inci atau lebih sedikit
Siap potong
Canaikan seperti ini. Jangan nipis sangat ye.
Sebelah bawah yang siap di canai akan diisi inti bukan yang bahagian atasnya ya..
(maaf xde pic yang dah buh inti )
Kelimkan macam ni
Siap kelim
Goreng dengan api sederhana
Siap dan sedia untuk dihidangkan

Kredit Resipi & Foto: Saudari Mas Cotek

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!