Kami kongsikan resipi Chocolate Bubble Rice yang mudah, rangup dan sedap. Kudapan ini pasti bakal menjadi favorite anda dan anak-anak juga. Chocolate bubble rice ni selalu juga dikenali dengan nama choco jar.
Kalau untuk jualan selalunya chocolate bubble rice ni lebih senang di letak di dalam bekas plastik kecil ataupun jar. Tapi untuk makan sendiri ni, menggunakan loyang pun boleh. Cuma pastikan selepas dipotong, ianya disimpan di dalam bekas kedap udara supaya tidak lemau.
Bubble rice perlu dibakar terlebih dahulu supaya lebih rangup dan sedap. Untuk coklat pula, boleh dilebihkan jika mahu coklat menyalut bubble rice dengan banyak. Boleh tambah sedikit minyak ke dalam coklat supaya coklat kelihatan lebih licin, cantik dan coklat akan sentiasa cair dan moist.
Sesekali memang teringin nak makan snek-snek dan makanan ringan macam ni kan. Sambil tengok TV atau sekadar melepaskan ‘gian’ nak mengunyah.
Sebenarnya mudah saja cara membuat kudapan ni. Hanya menggunakan 3 bahan ringkas, anda boleh makan Coklat Bubble Rice ni puas-puas.
Jom ikuti resipi lengkap perkongsian oleh Cik Sue Zakaria di bawah.
Resipi Chocolate Bubble Rice Super Rangup
Bahan-bahan:
- Bubble Rice
- Minyak Masak
- Coklat BERYLS

Cara-Cara Membuatnya:
1. Double boil kan coklat milk compound. kita pakai beryls punya.
2. Letak minyak masak sikit.
Semua bahan agak-agak je sebab ikut selera sendiri dan keluarga nak makan banyak mana..

3. Dah siap double boil kan coklat tadi, ketepikan sebentar. Bagi dia sejuk dulu.

4. Sementara menunggu coklat sejuk, boleh bakar bubble rice guna oven dulu. (masa : 10-15 minit, suhu : 130’c)
Nota: Cara bakar bubble rice ni bergantung pada jenis oven jugak. Bakar sekejap je hingga bubble rice tu rangup / crunchy.
5. Kemudian, tuang coklat yang dah sejuk tadi dalam loyang.
6. Letak pula bubble rice atas coklat tadi. (Pastikan bubble rice dah sejuk sebelum letak atas coklat).
7. Ketuk-ketuk loyang bagi bubble rice jatuh ke dalam coklat.

8. Lepas tu, tuang lagi coklat atas permukaan bubble rice tadi supaya meliputi keseluruhan bubble rice tu. Jika suka coklat lebih dan tebal, boleh tambah lagi coklat.

9. Dah siap, masukkan loyang tadi ke dalam peti ais supaya coklat mengeras dengan cepat.

10. Bila coklat dan keras, boleh potong-potong dan masukkan dalam bekas kedap udara supaya tak lemau.
Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto: Cik Sue Zakaria