Bosan makan nasi? Jom cuba masak menu western, Chicken Grill ni pula. Cara memasak pun mudah je. Resipi Chicken Grill yang sangat lembut dan juicy ini perkongsian dari Cik Merpati Putih di laman Facebooknya. Jom ikuti resipinya di bawah.
Cara Buat Chicken Grill Juicy ‘Step By Step’
Bahan-bahan:
- Ayam/daging (ikut citarasa)
- Sos lada hitam kimball (dalam pack senang dan jimat)
- Serbuk rosemary herbs
- Serbuk tyhme herbs
- Serbuk lada hitam
- Garam
- Gula (kena lebih)
Cara-cara Memasak:
- Pertama sekali basuh ayam/daging bersih-bersih.
- Kemudian letakkan sos lada hitam dalam satu bekas. (kalau pekat tambah air panas atau suam)
- Kacau sehingga sebati, masukkan perasa iaitu garam, serbuk rosemary herbs, serbuk lada hitam dan gula. (gula kena lebih sebab nak bagi serap dalam isi ayam/daging)
- Kemudian kacau sampai sebati. Baru masukkan ayam/daging. Perap semalaman kalau nak sedap.

- Kemudian dah boleh bakar dalam oven atau air fryer sehingga masak.
**Suhu guna air fryer 200°c , 17 minit
- Rupa bila dah masak.

Selamat Mencuba!
Kredit Resipi & Foto: Cik Merpati Putih










