Cara Buat Brownies Cookies Yang Soft & Chewy Bila Dikunyah. Serius Sedap!

Jom cuba resipi Brownies Cookies Soft & Chewy ni, rasanya sama macam brownies tapi dalam bentuk biskut. Sangat-sangat sedap tau. Jom lihat cara-cara membuatnya.

Resipi Brownies Cookies Soft & Chewy Bila Dikunyah

Bahan-bahan:

  • 200g dark chocolate
  • 110g pure unsalted butter
  • 100g gula kastor
  • 100g gula perang
  • 2 biji telur
  • 1/2 sdt garam
  • 140g all purpose flour
  • 30g serbuk koko
  • 1 sdt baking powder

Cara-cara Membuatnya :

  1. Dalam mangkuk kaca, satukan dark coklat dan unsalted butter. Masukkan dalam microwave. Bila dah cair, kacau sehingga sebati. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan gula kastor, gula perang, telur dan garam. Pukul menggunakan mixer selama 4 minit.
  3. Kemudian masukkan campurkan coklat dan butter tadi.
  4. Pukul lagi selama 30 saat sehingga sebati.
  5. Masukkan campurkan all purpose flour, serbuk koko dan baking powder. Pukul sebati.
  6. Lapikkan baking paper pada loyang leper.
  7. Scoop adunan menggunakan aiskrim scoop.
  8. Bakar dalam oven pada suhu 160C (kipas) selama 14 minit.
  9. Bila dah siap bakar, sejukkan dulu ye.
  10. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto : nah @nahlahrsl (twitter)

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!