Cara Buat Bihun Goreng Tomyam Yang Sedap & Umph! Wanita Ini Kongsi Resipinya.

Ikuti resipi lengkap cara-cara membuat bihun goreng tomyam yang sedap dan umph! memang terbaik hasilnya. Sesuai untuk hidangan seisi keluarga. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:

Bahan Sos Tumis:

  • 2 sudu besar Cili kering yg mesin
  • Gula 1 1/2 sudu besar
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Kicap lemak manis 4 sudu besar
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 kiub ayam

***Campur semua sos di atas. Bancuhan perencah/ sos ini juga boleh diguna pakai untuk buat mee goreng, kue teow goreng, char kue teow, nasi goreng dan seumpamanya. Inilah rahsianya supaya masakan anda lebih sedap dan Ummph!

Bahan-Bahan Lain:

  • Bihun (rendam dengan air paip selama 20 minit)
  • 5 biji bawang merah (cincang)
  • 5 ulas bawang putih (cincang)
  • 3 batang serai (dititik)
  • Udang geragau segenggam-cuci bersih
  • Udang segar
  • 2 sudu pes thai tom yam
  • Sos yang di campur tadi
  • Lobak merah-dihiris
  • Sayur sawi

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga wangi.
  2. Kemudian masuk kan udang geragau tadi.
  3. Bila sudah wangi boleh tambah pes tomyam dan bancuhan sos tadi (agak-agak) , udang segar dan lobak merah. Kacau rata dan jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.
  4. Masukkan bihun dan gaul rata. Masukkan sawi, air 1-2 cawan dan daun limau purut. Tutup kuali dan biar hingga bihun lembut

Info: Kalau suka pedas boleh masukkan hirisan cili padi. Dalam bihun ini anda boleh tambah bahan lain seperti isi ayam, sotong dan sebagainya.

Tips Memasak Bihun: Jangan rendam bihun terlalu lama dan jangan rendam bihun dengan air panas sebab bihun akan lembik dan hancur. Guna bihun yang berurat besar sahaja dan kalau nak ikut saya ‘ guna bihun jasmin’ sahaja untuk apa apa sahaja masakan yang berasaakan bihun sebab bihun tetap panjang panjang tidak patah atau hancur.

Air yang diperlukan untuk bihun goreng ini sebaiknya guna air masak yang telah sejuk/air mineral sebab ianya tidak akan merosakkan strukture bihun dan bihun jadi cantik.

Selamat Mencuba!

Kredit: Ida Shahida & Resepi Bonda

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!