Biskut Cornflakes Susu Cair Di Mulut. Tak Perlu Oven & Mixer. Serius Sedap!

Biskut Cornflakes Susu ini perkongsian dari Putra Mawar Danisha. Resipi biskut raya paling mudah tanpa perlu menggunakan mixer dan tak perlu dibakar menggunakan oven. Rasanya juga sangat rangup dan cair di mulut. Boleh buat untuk hidangan biskut raya di Aidilfitri nanti.

RESIPI BISKUT CORNFLAKES SUSU

Ni resipinya kalau nak rasa biskut yang tak perlu dibakar dan sedap sangat!Putra Mawar Danisha

Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung gandum di goreng/disangai
  • 1 cawan minyak sapi + 1 sdb lg
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 cawan cornflakes diramas halus
  • Susu tepung untuk salut

Cara Membuat:
1. Pertama sekali, panaskan minyak sapi hingga cair. Ketepikan.

2. Kemudian, sangai atau goreng tanpa minyak tepung gandum tadi. Masa lebih kurang dalam 5 minit macam tu. Bila tepung jadi ringan tu maknanya dah OK dan dah boleh angkat untuk proses seterusnya.

3. Tak payah tunggu tepung tu sejuk, boleh campur terus dengan gula kastor dan cornflakes. Gaulkan semua bahan kering hingga sebati.

4. Seterusnya, masukkan minyak sapi yang dah dicairkan diawal tadi. Gaulkan hingga sebati dan hingga menjadi doh.

5. Sekarang dah bolehlah bentukkan doh jadi bulat-bulat macam ni,

6. Akhir sekali, salutkan doh yang dah dibulat-bulat tadi terus dengan susu tepung.

7. Dah siap! Mudah dan nampak sedapkan.

8. Lepas tu boleh terus disimpankan biskut yang dah siap tadi ke dalam balang biskut macam ni.

Nota: Untuk sukatan di atas, dapatlah lebih kurang 2 balang kecil. Ok la kan?!

RASA RANGUP & CAIR DI MULUT
Macam inilah rupa biskut tu bila digigit. Memang sedap. Lebih sedap dari biskut yang dibakar. Rangup di luar sebab ada guna cornflakes tadi. Dan cair je di mulut bila dimakan.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi : Putra Mawar Danisha

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!