Resipi masakan ayam paling simple dan sangat sedap untuk anda cuba. Hanya menggunakan 3 bahan sahaja. Rasanya seolah-olah makan ayam panggang di Restoran AYAMAS. Cepat dan senang nak buat. Cubalah!
Bahan-Bahan :
Ayam seekor potong 10
Sos tiram
Kicap manis
Sos cili (saya guna kimball)
Cara Memasak :
1. Rebus ayam hingga masak ( tapi jangan sampai terlalu lama
2. Angkat dan salut ayam dengan sos cili,kicap manis dan sos tiram
3. Boleh lah di goreng sebentar setakat menggaringkan bahagian luaran sebab isi ayam sudah masak masa di rebus tadi.
4. Toskan dan siappp! Sedia untuk dihidangkan.




Selamat Mencuba!
Nota: Baki sos yang bersalut ayam tadi boleh di makan dengan ayam. Tapi, kalau rajin buat kuah sos black pepper, akan jadi macam ayam KENNY ROGERS. Memang Sedaaap!!










