Air Nanas Soda 3 Bahan. Penyejuk Tekak Waktu Berbuka!

Memang sejuk tekak jika dapat berbuka puasa dengan Air Nanas Soda ni. Lebih-lebih lagi dengan cuaca panas seperti sekarang ni, memang nikmat sungguh! Jom cuba resipi air nanas soda perkongsian dari Saudara Ben Safwan ini. Sangat puas hati minum!

RESIPI AIR NANAS SODA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin nanas
  • 1 ½ cawan cawan air soda
  • 5 potongan kecil buah nanas segar

CARA MEMBUAT:

  1. Kisar buah nanas bersama air soda menggunakan blender. Kemudian tapis air yang telah dikisar tadi menggunakan penapis santan. Tujuannya untuk menghilangkan buih nanas.
  2. Isi jus ke dalam bekas atau jag. Tambahkan nanas tin bersama air sirapnya.
  3. Tambah ais secukupnya. Kacau sebati dan sedia untuk dinikmati.

INFO: Tidak perlu tambah gula kerana sirap nanas sudah mempunya rasa manis.

Kredit resipi & foto: Ben Safwan

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!