Tips Menyimpan Stok Lauk & Sayur Di Dalam Peti Ais

Berikut adalah perkongsian tips cara-cara penyimpanan stok lauk dan sayur yang sangat praktikal dan kemas daripada Naeamah Balqis. Untuk contoh di sini beliau menyediakan stok untuk 3 minggu.

Cara Simpan Lauk:

1. Masukkan lauk (udang + sotong + ikan + ayam…semua bersihkan siap) dalam satu bekas untuk sekali masak…masukkan air sampai menutupi lauk tadi…simpan kat tempat beku.

2. Daging + tulang – simpan mcm biasa…jangan letak air.

Cara Simpan Sayur:

1. Untuk halia + lengkuas + serai letak dalam bekas dan masukkan air sampai menutupi sayuran tersebut.

2. Untuk cili hijau + limau + bawang putih + bawang merah + daun sup + kacang panjang + cili merah + carrot + timun + petai + kobis + sawi jepun + bunga kobis + brokoli….letak tisu kat bahagian bawah untuk serap air yang akan menitis kat dlm bekas tersebut…sayur tersebut akan tahan lama…InsyaAllah…cuma sawi jepun + kobis tak tahan lama…seminggu ok lagi…selepas tu sawi akan lembik dan kobis akan hitam dekat tepi.

Kredit Foto & Tips : Naeamah Balqis

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!