Cara Simpan Santan Yang Betul Agar Tahan Lebih Lama. Jimat & Berbaloi!

Hujung bulan macam ni bila dah dapat gaji, ramai yang memilih untuk membeli barang keperluan dapur. Selalunya, kita akan shopping terus untuk stok sebulan kan?! Dan santan kotak antara yang termasuk dalam list barang dapur untuk dibeli di pasaraya kerana harganya yang lebih murah. Lebih-lebih lagi santan kotak yang bersaiz besar. Harganya memang jimat dan berbaloi.

Kalau beli yang kotak besar, risau jika tak habis nak guna sebab santan yang dah dibuka hanya boleh digunakan dalam tempoh 3 hari sahaja walaupun disimpan di tempat beku. Kami kongsikan cara yang betul simpan santan dalam peti ais supaya tahan lebih lama. Cara ini dikongsi oleh Nelisa Sofea di laman facebook.

  1. Masukkan santan dalam plastik aiskrim ikut bajet sekali pakai bila masak. Santan ni pekat jadi packing sikit-sikit pun dah cukup ( anda anggarkan sendiri pun takpe nak guna berapa banyak sekali masak).
  2. Lepas dah masuk santan tu ikat dan terus masuk peti bawah. Jangan letak freezer. Letak kat peti bawah. Ambil bila nak masak. Guna je mcm biasa. Pastikan labelkan tarikh luput kat santan tu.
  3. Siap

Selamat Mencuba!

Kredit: Nelisa Sofea

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!