Resipi Muffin Pandan Paling Senang. Lembut & Gebu!

Resipi Muffin Pandan yang sangat lembut & gebu. Sedap dibuat sarapan atau minum petang seisi keluarga. Cara penyediaannya juga mudah sahaja dan boleh dibakar menggunakan air fryer. Jom lihat cara-cara membuatnya dibawah.

Resipi Muffin Pandan Yang Lembut & Gebu

Bahan-bahan: (15 biji)

  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 1 cawan buttercup cair
  • 3/4 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1/4 sdk perasa pandan

Cara-cara:

  1. Blendkan semua bahan-bahan di atas.

Bahan-bahan lain:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdk baking powder
  • 1 sdk soda bikarbonat

Cara-cara Membuatnya:

  • Satukan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Masukkan bahan yang diblend tadi. Kacau sebati. Kemudian masukkan sedikit pewarna hijau.
  • Masukkan adunan yang dikacau sebati ke dalam kertas cupcake, agak-agak dalam 3/4 penuh.
  • Pre-heat Air fryer pada suhu 150°C selama 3 minit.
  • Bakar selama 15 minit.
  • Siap!

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto : Nur Filzah Akma

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!