Cara Buat Aiskrim Homemade Pelbagai Perisa. Hanya Guna Blender Je!

Senang rupanya nak buat Aiskrim ni. Bahan-bahan pun simple je. Kami kongsikan resipi Aiskrim Homemade perkongsian dari Puan Fauziah Johanis. Mudah je caranya. Boleh buat stok dalam peti ais. Anak-anak pasti suka!

Resipi Aiskrim Homemade Pelbagai Perisa

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair
  • 2sb ovellete
  • 3sb susu pekat
  • 1sk perisa & pewarna (ikut nak perisa apa, kalau nak 2 perisa, bahagikan adunan kepada 2. Satu perisa vanilla, satu lagi perisa strawberi. Buat corak macam kek marble).
  • Coklat chip/coklat rice

Cara Membuatnya:

  1. Mixer atau blender semua bahan-bahan di atas sehingga sebati. Pukul sehingga kembang dan tekstur menjadi licin.
  2. Letak dalam bekas tupperware. Masukkan coklat rice atau coklat chip.
  3. Simpan dalam peti semalaman.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto: Fauziah Johanis

Like Kami di Facebook

error: Content is protected !!